Wednesday, November 25, 2009

Exam.


...sebenarnya saya mengantuk,akan tetapi saya terpaksa buka mata untuk habiskan assignment malam ini juga.Yang satu lagi saya cuma perlu buat conclusion.Saya perlu sediakan power point slide untuk presentation pada 6hb December nanti.


Exam akan bermula 8hb hingga 13hb December...Mat juga sedang menghadapi peperiksaan SPM...hari ini paper Add Math.

Sunday, November 22, 2009

Hidup

…saya teruja dengan apa yang ditulis disini…HIDUP YANG INFINITI…Sememangnya,apa yang saya cari sekarang adalah untuk bekalan dihari tua supaya tidak perlu menyusahkan anak anak nanti.Tentunya apabila telah berkeluarga mereka punya tanggung jawap sendiri.Kenapa saya perlu menjadi beban.Memang benar Syurga Dibawah Tapak Kaki Ibu dan mereka wajib menjaga saya apabila tua nanti,akan tetapi saya juga mesti berusaha supaya kehidupan saya kelak supaya tidak menemui jalan buntu.

Wednesday, November 18, 2009

Hari ini...semalam...

...saya bincang dengan Geethe,kalau boleh saya akan kerja petang untuk semester ini.Lagipun akan menduduki peperiksaan bermula esok.Dan Geetha setuju.Jadi saya akan masuk kerja pada pukul 1.00 petang dan balik pada pukul 8.00 malam.Alhamdulillah!syukur pada Allah,staff diHospital Kampar juga baik baik belaka.Surau hanya sebelah ward perempuan.Syukur pada Allah banyak hikmah disebalik apa yang terjadi.


Namun begitu,macam macam yang terjadi.Hari Jumaat yang lalu,Mat dilanggar kereta ketika balik dalam perjalanan pulang kerumah.Dilanggar oleh jiran berbangsa India.Baru dapat lesen agaknya,jadi dalam kawasan perumahan tak payahlah bagi signal kalau kekiri atau kekanan.Jalan jer ikut suka hati.Dah langgar orang,terus lari masuk rumah.Mengaku bersalah tapi panggil kaum kerabat nak minta ganti rugi pada Mat.Apalah yang ada pada budak sekolah.Bukan ada beratus ringgit dalam poket.Buat polis report macam macam ceritanya.Tapi tak apa lah.Mat tak bersalah,,jadi tiada sebab untuk saya berasa takut.Kereta anak dara yang rosak dihadapan tu yang menunjukkan dia yang langgar Mat.Cuma saya saya cukup terkilan bila jiran yang berbangsa Melayu,berhadapan dapur pun tidak mahu menolong Mat.Hanya tengok Mat yang dikerumuni oleh kaum kerabat anak dara bodoh kurang cerdik yang melanggar Mat.Saya cukup panas hati...sampai hari ini hati saya masih berkata kata.

Semalam pula,saya ke tempat kerja seperti biasa.Akan tetapi,jalan keluar ke Gopeng pula di tutup kerana kerja kerja pembaikan.Malangnya tiada notis menyatakan jalan ditutup.Saya terpaksa teruskan perjalanan hingga ke Tapah dan patah balik semula ke Kampar mengikut jalan lama.Terbakar rasa hati.Kalau boleh nampak,akan kelihatan asap keluar dari badan saya hahaha!!!

***Hari ini, Mat akan menduduki peperiksaan.Saya sentiasa mendoakan kejayaan anak anak saya.Saya hanya mahu yang terbaik untuk mereka.Walau apapun keputusannya,saya tahu Mat telah mencuba.Saya terima seadanya.Kita boleh berusaha sedaya yang termampu,hanya Allah yang akan menentukan segalanya.Kita harus reda...

Saturday, November 14, 2009

Dari Rea...

...walau pun sibuk dengan exam,saya ambil kesempatan sekejap untuk letakkan forward e mail dari Rea Aguilar,kawan saya semasa di BDF dulu.Rea bekerja di Arab Saudi sekarang.Berkali kali di ajak saya ke sana tetapi buat masa ini keadaan tidak mengizinkan.

One Flaw In Women

Women have strengths that amaze men...
They bear hardships and they carry burdens,
but they hold happiness, love and joy.
They smile when they want to scream.
They sing when they want to cry.
They cry when they are happy
and laugh when they are nervous.
They fight for what they believe in...
They stand up to injustice.

They don't take "no" for an answer
when they believe there is a better solution.
They go without so their family can have.
They go to the doctor with a frightened friend..
They love unconditionally.
They cry when their children excel
and cheer when their friends get awards.
They are happy when they hear about
a birth or a wedding.

Their hearts break when a friend dies.
They grieve at the loss of a family member,
yet they are strong when they
think there is no strength left.
They know that a hug and a kiss
can heal a broken heart.

Women come in all shapes, sizes and colors.
They'll drive, fly, walk, run or e-mail you
to show how much they care about you.
The heart of a woman is what
makes the world keep turning.
They bring joy, hope and love.
They have compassion and ideas.
They give moral support to their
family and friends.
Women have vital things to say
and everything to give.

HOWEVER, IF THERE IS ONE FLAW IN WOMEN,

IT IS THAT THEY FORGET THEIR WORTH.

Friday, November 13, 2009

Terang Bulan

"for us we can easily remember the pass"

...berat sungguh cabaran untuk saya.Setiap kali saya akan memduduki peperiksaan,ada saja perkara yang membuatkan saya tidak dapat menumpukan pembelajaran.Walau pun perkara kecil.Dalam usia begini,cepat sungguh hati terasa.Masa untuk diri saya sendiri amat terhad.


Kalau dulu jika saya membaca,sekali atau 2 kali baca saya boleh ingat tetapi berbeza dengan waktu ini.3 kali baca masih tiada yang dapat saya ingat.Saya terpaksa baca berkali kali.Memang betul apa yang Ms Jaya kata beberapa minggu yang lalu."You have to read this book for 20 times".Ms Jaya kata,"for us we can easily remember the pass"...huhuhu...daya ingatan saya juga semakin berkurang..

Tuesday, November 10, 2009

Kayu dan sakit

...kayu yang tersangkut di longkang pun menjadi tajuk!!!...Nanti bila saya ada masa,saya akan tarik sendiri. Tak jadi masalah pun.Cuma, jangan lemparkan kata kata yang menyakitkan hati!!!sebab saya akan ingat sampai bila bila.

Saturday, October 31, 2009

Keruh

…saya tidak pernah menyesal walau pun keperitan yang terpaksa saya hadapi sekarang.Semangat saya tetap utuh untuk mencapai apa yang saya idamkan.Pelatih pelatih yang ada bersama saya sekarang benar benar mencabar kesabaran dan kebolehan saya.Semester 4…memang sudah dijangkakan prestasinya.

Setiap 3.00pagi talipon saya akan bordering menandakan waktu telah tiba untuk bangun membaca…huhuhu…Minggu yang lalu,saya masuk kerja pukul 8.00pagi dan balik 5.00petang.Kata orang kerja 8.00-5.00 tetapi saya tiada masa minum dan makan,hanya sempat makan pada pukul 11.30am dan masuk semula ke ward.Saya ditempatkan di Kampar sekarang.

…struktur yang berbukit amat memenatkan.Pertukaran saya ke Kampar…rasanya mengeruhkan ikatan persahabatan.Saya tidak pernah menikam kawan dari belakang akan tetapi matlumat yang saya dapat hingga membuatkan saya menerima pertukaran ini adalah salah agaknya.Saya tidak tahu jika mereka tidak setuju.Saya hanya diberitahu supaya ke Kampar.

Kesukaran saya mendapatkan internet service adalah masalah saya dan jika saya menyerahkan surat perletakan jawatan kerana masalah yang saya hadapi untuk belajar tiada kaitan dengan sesiapa.Saya tidak pernah merungut kerana saya terpaksa berulang alik dari Ipoh ke Tapah sedangkan orang lain bersenang ditempat yang selesa.Itu rezeki mereka…biarlah…rezeki saya begini…dengan cara ini…Tetapi apabila persahabatan terputus kerana pertukaran ini…saya tiada daya untuk berkata…saya sudah biasa dengan keadaan ini.Apabila saya dikatakan cabut lari dari tugas…saya juga tidak bersuara kerana saya tahu saya tidak pernah buat begitu…tak apalah…

“Madam tegur kami macam ini kami tak boleh terima!!!”…begitulah kata kata yang saya terima dari pelatih apabila menegur kesalahan dalam melalukan tatacara kejururawatan 2 minggu yang lalu.

“saya tegur kerana kamu salah,or else one day you will kill the patient…dan kamu akan menyesal seumur hidup kamu”…senangkan!!!…saya juga akan guna bahasa yang kasar untuk menyedarkan mereka yang tidak pernah sedar.

**Minggu ini mereka nampak berbeza…mereka lebih aktif.Saya cuba sedaya upaya saya untuk mengajar mereka dengan cara saya supaya mudah difahami…